~nothing much~

its good as long as you love me =P

Sunday, 22 January 2012

~ wangi - wangian ~

 (Nurul berjalan melintasi Ahmad)

 AHMAD : wow, wanginye bau dia^^ Dia pakai perfume ape eh? Hopefully, dapat jumpa dia lagi lps nih. Boleh aku tanya perfume apa yg dia guna ( smbil trsenyum sorang2 )

------------------------------------------------------------------
 Situasi ini sering kali berlaku di kalangan kita sekarang ini. Tiba2 muncul satu persoalan. Apakah hukum memakai minyak wangi kepada wanita?

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."